Perdana Menteri masih bincang isu keabsahan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebahagian ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tidak dapat mengelakkan isu berkaitan keabsahan dirinya sebagai Perdana Menteri (PM) ketika membentangkan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022.

- Advertisement -

Ini menyebabkan Ahli Parlimen Jerlun, Dr Abdul Ghani Ahmad, mencelah ucapan Anwar dengan menyatakan bahawa isu yang dibahaskannya masih berkaitan perkara yang dibangkitkan dalam Usul Undi Percaya Perdana Menteri, semalam.

Menurutnya, Peraturan Mesyuarat Perkara 33.1 menyatakan bahawa bahawa sebarang perbahasan yang telah diputuskan, maka selesailah perbahasan itu, iaitu Perkara 33.2.

“Yang Dipertua (Dewan Rakyat) telah membuat ruling (keputusan) berhubung perkara ini, menerima perbahasan berkaitan Usul Undi Percaya. Jadi saya kira jika PM ingin menjawab sebarang perkara yang dibangkitkan kelmarin (semalam), ia ditutup dah kelmarin (semalam).

“Hari ini, kita nak ulang balik. Jadi apa kata, kalau kita di peringkat pembangkang usulkan semula perkara yang berkaitan isu baharu. Saya pohon supaya Yang Dipertua melihat balik Perkara 33.1 dan 33.2, sudah ada pun keputusan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Datuk Johari Abdul pula berkata, PM sekarang sedang menerangkan perkaitan antara perkara yang diusulkan serta apa yang berlaku dan akan berlaku.

Anwar mengakui perkara yang sepatutnya dibincangkan adalah berhubung usul hari ini dan menafikan ia berkaitan keabsahan. – HARAKAHDAILY 20/12/2022

- Advertisement -