Terengganu ucap terima kasih kepada Selangor

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu mengucapkan terima kasih kepada Selangor di atas keprihatinan dan sumbangan RM500,000u untuk membantu mangsa banjir di negeri ini.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri itu turut menawarkan khidmat berbentuk bantuan kemanusian melalui Skuad Pantas serta Serve Selangor pada pasca banjir nanti.

“Ribuan terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan, NGO serta para sukarelawan termasuk JPKK dan orang kampung yang terlibat dalam misi menyelamatkan dan memindahkan mangsa banjir,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Sementara itu, sehingga kini terdapat 39,108 mangsa banjir masih berada di 315 pusat pemindahan sementara seluruh negeri.

Daerah Kemaman mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 10,042 orang, Besut (9,378), Hulu Terengganu (6,652), Setiu (4,748), Dungun (2,913), Kuala Terengganu (2,252), Kuala Nerus (1,720) dan Marang (1,403). – HARAKAHDAILY 20/12/2022