KP Umno Seremban sertai PAS: Pacu gelombang pasca PRU15

- Advertisement -

SYABAS dan tahniah kepada Ketua Pemuda Umno Seremban, Zool Amali Hussin bersama rakan-rakan yang secara rasminya telah menyerahkan borang keahlian PAS kepada PAS Kawasan Seremban semalam, 17 Disember.

- Advertisement -

Turut mengumumkan penyertaan bersama PAS adalah penyanyi terkenal era 80-an, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Dayangku Intan yang bermastautin di Lenggeng (dalam kawasan Seremban). Untuk rekod, sebelum ini Dayangku Intan merupakan ahli PKR.

Ia satu lagi rakaman sejarah yang bakal membawa gelombang kebangkitan di selatan tanah air.

Menurut maklumat, dijangka dalam masa terdekat tiga lagi cawangan PAS baru akan ditubuhkan di Lenggeng berikutan kemasukan Zool Amali atau lebih dikenali dengan nama Bozz Jebat ini. Zool Amali juga merupakan Timbalan Pengerusi PEKIDA Seremban.

Ia satu signal atau petanda yang baik kepada persiapan PERIKATAN NASIONAL menjelang Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan pada tahun 2023.

Kepada rakyat Malaysia di luar sana, jom sertai PAS. Kita bersama-sama membawa gelombang kebangkitan rakyat atas nama Perpaduan Ummah.

Kepada yang ingin memohon, sila ikuti langkah-langkah berikut;

– Jika anda ingin menjadi ahli berstatus daftar terus dengan yuran sekali gus, anda hanya perlu membuat permohonan dan menjelaskan yuran pendaftaran melalui permohonan secara online sahaja, sila klik pautan berikut:

https://keahlian.pas.org.my/

Manakala bagi anda yang ingin memohon untuk menjadi ahli PAS yang aktif di cawangan dan kawasan, sila muat turun (download) Borang Permohonan Menjadi Ahli PAS tersebut dengan klik pautan (link) berikut:

Atau terus menghubungi Saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil di talian (010-5401830)

YB Ir. Ts. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Jerantut
18 Disember 2022 – HARAKAHDAILY 18/12/2022

- Advertisement -