Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Berikutan hujan lebat sejak dua hari lalu, jumlah mangsa banjir kembali meningkat kepada 1,663 orang daripada 515 keluarga yang ditempatkan di sembilan Pusat Penempatan Sementara (PPS) bermula malam tadi.

- Advertisement -

Walaupun pada petang semalam hanya enam PPS beroperasi bagi menempatkan 1,584 mangsa daripada 490 keluarga, namun hari ini jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS meningkat kembali khususnya di Tanah Merah.

Menurut laporan Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan, tiga PPS baru dibuka awal pagi ini yang melibatkan jajahan Tanah Merah.

PPS berkenaan di Sekolah Kebangsaan Batang Merbau (43 orang), Sekolah Kebangsaan Kelewek (46) dan Sekolah Kebangsaan Gual Jedok (4).

Sementara itu PPS yang masih kekal beroperasi Sekoleh Kebangsana Tok Deh Rantau Panjang (712) antara PPS yang awal dibuka sejak 10 Disember lalu di jajahan Pasir Mas.

Selain itu, PPS Putat Tujoh (106), Sekolah Kebangsaan Kual (165) Sekolah Kebangsaan Gual Periuk (502), Masjid Mukim Padang Licin (57) dan Sekolah Kebangsaan Padang Tanjong (28).

Sementara itu, laporan https://publicinfobanjir.water.gov.my/ mendapati Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah merekodkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu 24.6 meter (m).

Empat lagi sungai berada pada paras amaran iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (8.76 m), Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (2.32 m), Sungai Pergau di Jambatan Jerimbong, Jeli (53.89 m) dan Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli (29.25 m). – HARAKAHDAILY 18/12/2022

- Advertisement -