Tentera Israel tembak mati lelaki Israel

Lokasi kejadian seorang lelaki Israel ditembak mati oleh seorang askar Israel di Ra'anana, Tel Aviv pada 14 Nov, 2022. (FOTO: Times of Israel/Magen David Adom)
- Advertisement -

TEL AVIV: Seorang lelaki Israel ditembak mati oleh seorang askar Israel selepas mangsa disangka warga Palestin dalam kejadian yang membuktikan bahawa Israel bebas melakukan tindakan undang-undang, khususnya menjadikan rakyat Palestin sebagai sasaran.

- Advertisement -

Lelaki berusia 40 tahun itu maut  ditembak pada Isnin (waktu tempatan) di sebuah perhentian bas berhampiran bandar Ra’anana, Israel, kira-kira 20 kilometer ke utara Tel Aviv, lapor Times of Israel.

Kenyataan polis Israel berkata, askar Israel itu mendakwa dia berasa dirinya berada dalam bahaya apabila lelaki itu mendekatinya dengan ‘cara yang mencurigakan’, lalu bertindak menembaknya.

Tambah kenyataan polis Israel, mangsa berkemungkinan memerlukan rawatan psikologi profesional’, menunjukkan bahawa dia mungkin mempunyai masalah kesihatan mental.

Puluhan rakyat Palestin, termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak sebelum ini telah ditembak dan dibunuh dengan cara yang sama oleh tentera Israel, selalunya tanpa provokasi.

Tahun 2022 setakat ini merupakan tahun paling maut dalam rekod di Tebing Barat, dengan tentera Israel membuat serbuan hampir setiap hari ke atas bandar-bandar di Palestin, menyebabkan beratus-ratus rakyat Palestin sama ada terbunuh, cedera atau ditahan. – HARAKAHDAILY 16/11/2022

- Advertisement -