12,700 ahli Gerakan Kelantan sokong penuh calon PN

- Advertisement -

KOTA BHARU: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mempunyai seramai 12,700 ahli di seluruh Kelantan memberi sokongan tidak berbelah kepada calon PERIKATAN NASIONAL (PN) yang diwakili PAS dan Bersatu.

- Advertisement -

Naib Pengerusi Gerakan Kelantan, Tuan Mat Tuan Wil berkata, parti itu memberi kerjasama padu untuk pastikan kemenangan PN di 14 kawasan Parlimen di Kelantan.

Katanya, Gerakan sekarang berada pada landasan yang betul untuk memastikan pembangunan negara dilaksanakan dengan lebih baik dan bebas sebarang penyelewengan melalui PERIKATAN NASIONAL.

“Matlamat kita sudah betul, kata orang sudah jumpa satu rumah yang boleh kita berteduh, maka kita akan cuba bina rumah yang ada sekarang dengan sebaik mungkin.

“Integriti serta ketelusan kepimpinan PERIKATAN NASIONAL menyebabkan Gerakan menyokong gabungan tersebut,” katanya pada sidang media di Pusat Media PAS Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Gerakan Kelantan Gan Awang, Bendahari Gerakan Gan Kim Keng dan Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kelantan, Lim Guan Seng.

Gerakan keluar daripada Barisan Nasional selepas kekalahan gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan mewujudkan blok ketiga secara bebas.

Bagaimanapun Gerakan diterima sebagai salah satu parti kompenan PERIKATAN NASIONAL bersama PAS dan Bersatu selepas mendapat sokongan penuh Majlis Tertinggi PN.

Tuan Mat juga berkata, PERIKATAN NASIONAL merupakan gabungan baharu yang tidak terpalit dengan sebarang skandal, yang perlu diberi perhatian rakyat.

Sebaliknya kata beliau pemimpin Umno dan Barisan Nasional berdepan dengan pelbagai masalah sehingga ada dalam kalangan mereka didapati bersalah kes penyelewengan dana kerajaan. – HARAKAHDAILY 10/11/2022

- Advertisement -