Tawaran PN BEST, sokongan buat rakyat bangkit hadapi 2023

Dr. Wan Martina Wan Yusoff
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Manifesto PRU15 PERIKATAN NASIONAL (PN) atau Tawaran PN Best memberikan harapan buat rakyat untuk bangkit dari ujian berkembar yang berlaku sepanjang tahun 2020 hingga 2022 akibat  pandemik Covid-19 dan bencana banjir akibat pemanasan global.

- Advertisement -

Demikian pandangan yang dilontarkan Senator Dewan Negara, Dr. Wan Martina Wan Yusoff yang berkata pada tahun 2023 seperti yang diramalkan oleh pakar-pakar ekonomi, negara bakal mengalami kemelesetan ekonomi yang lebih teruk

Tawaran Best telah diumumkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu yang menawarkan 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran menerusi manifestonya sempena PRU15

“Parti PN dilihat  amat menitikberatkan pelbagai isu rakyat yang melibatkan kestabilan negara, integriti, pemilikan rumah, pendidikan, capaian internet, kesihatan dan kebajikan golongan rentan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, keprihatinan yang ditunjukkan dalam manifesto PRU15 PN itu sebahagiannya adalah pelaksanaan berterusan dari yang pernah dan berjaya dilaksanakan parti itu dalam mengharungi wabak pandemik Covid-19.  

“Sehubungan itu, PN juga mengambil kira perubahan iklim yang luar biasa berlaku kesan pemanasan global dengan menubuhkan badan bertindak bencana alam sebagai persediaan kepada kemungkinan bencana yang luar biasa berlaku di Malaysia,” tambah beliau.

Sehubungan itu, Wan Martina melihat PERIKATAN NASIONAL telah melahirkan manifesto yang komprehensif,  bagi memastikan mana tiada rakyat yang tertinggal lagi dalam arus pemodenan.

“Di samping itu, fokus utama PERIKATAN NASIONAL (melalui manifesto) membantu rakyat Malaysia dalam membina semula Malaysia menjadi negara yang bersih dan stabil.

“Komitmen PERIKATAN NASIONAL juga ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara baharu yang bebas dari rasuah,” jelasnya.

Justeru  Wan Martina  menyeru rakyat Malaysia agar memberikan sokongan terhadap pemerkasaan pelan antirasuah nasional, sistem perundangan dan kehakiman syariah yang digerakkan PERIKATAN NASIONAL.  

“Rakyat di Malaysia juga perlu bangkit menolak rasuah dan memberi undi kepada PERIKATAN NASIONAL,” katanya. – HARAKAHDAILY 08/11/2022

- Advertisement -