Siti Mastura tidak gentar

- Advertisement -

KEPALA BATAS: Calon PERIKATAN NASIONAL P041 Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Mohamad, 33, berkata dia tidak gentar berdepan pencabarnya meskipun satu-satunya calon tunggal wanita daripada PAS bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pulau Pinang.

- Advertisement -

Malah katanya, beliau merasa bangga kerana PAS mengutamakan wanita muda untuk mewakili PERIKATAN NASIONAL di Parlimen Kepala Batas.

Ujarnya, ini merupakan titik tolak yang diberikan terhadap ruang dan peluang kepada anak muda.

“Insha Allah saya akan gunakan ruang dan peluang yang diberikan PERIKATAN NASIONAL dengan semaksima mungkin mewakili PAS di sini.

“Saya jua mengucapkan terima kasih kepada jentera pilihan raya yang memberikan kerjasama untuk bergerak bersama.

“Insha Allah, PERIKATAN NASIONAL akan memastikan tagline bersih, stabil dan utamanya prihatin iaitu fokus kepada ketidakadilan dalam perkara melahirkan pemimpin berintegriti,” ujar Siti Mastura.

Mengulas lanjut, tidak salah sekiranya pengundi wanita memberi peluang kepada calon wanita muda untuk memastikan yang terbaik kepada pengundi Kepala Batas.

“Anak muda diseru memberikan satu signal bahawasanya PERIKATAN NASIONAL merupakan blok yang memberikan peluang kepada anak muda wanita,” katanya.

Siti Mastura bakal berdepan penyandang Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina (BN), Danial Abdul Majeed (Muda) dan Ustaz Hamidi Abu Hassan (Pejuang).

Ini merupakan pencalonan kedua Siti Mastura bagi pilihan raya yang sebelum ini mewakili PAS pada PRU14 di Parlimen yang sama.

Dalam PRU14, Siti Mastura bertembung tiga penjuru memperoleh 12,120 undi, manakala pencabarnya Dr Zaidi Zakaria (PKR), 17,723 undi dengan Reezal Merican (BN) menang majoriti 4,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 15 November iaitu Rabu depan sebagai undi awal dan hari pengundian 19 November – HARAKAHDAILY 8/11/2022

- Advertisement -