Janji tulus tawaran PERIKATAN NASIONAL

- Advertisement -

PENANTIAN tawaran PERIKATAN NASIONAL berakhir semalam. Pelancaran yang disempurnakan oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat mengujakan. Bertema Prihatin Bersih dan Stabil – PN BEST. 

- Advertisement -

Tawaran ini jelas mengisi slogan Prihatin kerana ia menumpukan pembangunan ekonomi golongan rakyat pelbagai peringkat. 

Paling dilihat mendapat perhatian PN ialah golongan belia yang menjadi pemangkin kepimpinan negara. Bantuan ekonomi, membina asas kehidupan dan pendidikan selain menjana peluang pekerjaan. 

Pelancaran ini menamatkan teka teki rakyat dan pengundi kerana mereka meletakkan harapan tinggi kepada PN yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin khususnya ketika melalui tahap sukar COVID-19. 

Keyakinan rakyat adalah hasil dari kesungguhan dan kebijaksanaan pimpinan PN diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui tahap sukar itu. Ketika itu saban hari kemunculan ‘abah’ dinanti bersama pelbagai pakej Prihatin Rakyat. 

Selepas negara melalui tahap bertenang ini, tentunya pimpinan PN akan lebih berjaya memimpin negara. Tumpuan kepada memulihkan ekonomi rakyat melalui limpahan bantuan di peringkat bawah agar kitaran ekonomi bergerak aktif.

Tawaran PN ini lebih realistik dengan kemampuan negara dan keperluan rakyat memulihkan ekonomi keluarga. Ia bukan janji bulan dan Bintang PH yang lebih bersifat mempermainkan rakyat.

Tawaran PN ini bukan kitab suci namun ia satu janji suci yang menjadi tanggungjawab kerajaan pimpinan PN untuk ditunaikan.

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN 
Setiausaha PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 7/11/2022

- Advertisement -