Tuan Guru Abdul Hadi pertahan parlimen Marang

Tuan Guru Abdul Hadi Awang
- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

- Advertisement -

KOTA BHARU: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan mempertahankan kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan demikian ekoran terdapat dakwaan mengatakan Tuan Guru Abdul Hadi tidak akan bertanding pada PRU15 ini.

“Saya tidak tahu pun ada desas desua yang mengatakan beliau tidak akan bertanding, hari ini baru saya dengar hal ini.

“Saya boleh mengesahkan di sini bahawa beliau akan mempertahankan kerusinya itu pada PRU15 nanti,” katanya yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli kepada media selepas merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli, di sini, malam tadi.

Pada PRU14 lalu, Tuan Guru Abdul Hadi yang memperoleh 53,749 undi menewaskan Mohamad Nor Endot (BN) dan Zarawi Sulong (PKR) dengan majoriti 21,954 undi.

Ketika ditanya mengenai jumlah kerusi PERIKATAN NASIONAL (PN) yang akan bertanding pada PRU15, kata Takiyuddin perkara itu masih belum diputuskan.

“Kita tidak pasti lagi sebab kita pun ada Sabah dan Sarawak. Tetapi di Sarawak kita tidak akan bertanding di semua 31 kerusi, manakala di Sabah mempunyai 25 kerusi menerusi GRS, bagaimanapun ini masih belum diputuskan,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/10/2022

- Advertisement -