PRU15: Calon PAS perlu lafaz bai’ah

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Sumpah taat setia atau bai’ah masih diteruskan untuk semua calon PAS yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah berkata, setiap calon yang bertanding perlu melafazkan bai’ah sebagai janji mengikut segala syarat dan peraturan yang ditetapkan parti itu.

“Setiap kali PRU diadakan ada bai’ah, cuma bentuk bai’ah itu akan ditentukan oleh PAS Pusat berkenaan keperluan yang akan diteliti sebelum dimuktamadkan.

“Dan kriteria calon juga akan ditentukan Majlis Syura Ulamak PAS. Kebiasaanya calon yang dicadangkan peringkat cawangan dan MSUP akan buat tapisan sebelum boleh bertanding pada pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2022, di sini hari ini. – HARAKAHDAILY 26/10/2022

- Advertisement -