Kerjasama PAS-PN selari dasar Majlis Syura Ulamak

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Majlis Syura Ulamak PAS (MSUP) menetapkan konsep Ta’awun, Tahaluf dan Siyasi dengan pihak yang boleh memberi kebaikan kepada manusia dan menolak segala kemungkaran.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kerjasama PAS dengan Perikatan Nasional (PN) adalah selari dengan dasar MSUP yang ditetapkan mengikut konsep Ta’awun Siyasi.

Katanya, Majlis Syura menetapkan dasar yang jelas di mana boleh untuk bekerjasama dengan sesiapa dan mana-mana pihak untuk kemaslahatan dan kebaikan buat seluruh umat dan agama.

“Jadi bagaimana bekas Ahli Majlid Syura Ulamak tidak faham dan saya rasa dia tidak perlu masuk campur lagi urusan parti,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan 2022, di sini hari ini. (Foto atas)

Baru-baru ini bekas setiausaha MSUP Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
mendakwa keputusan PAS bersama PN tidak mendapat persetujuan Majlis Syura Ulamak PAS.

Mohd Amar juga berkata, bekas ahli parlimen terbabit tidak seharusnya masuk campur dalam hubungan antara PAS dan PN.

Menurutnya Dr Khairuddin tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai PAS memandangkan beliau bukan lagi ahli parti itu. – HARAKAHDAILY 26/10/2022

- Advertisement -