Bubar Parlimen: Pendirian politik semasa PAS

- Advertisement -

PAS berpandangan pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat adalah tidak wajar dan tidak perlu disegerakan, mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang menyukarkan rakyat serta jentera kerajaan.

- Advertisement -

PAS tetap akan meneruskan perbincangan dan rundingan dengan semua pihak (parti politik, NGO, ahli akademik, tokoh masyarakat) ke arah menjayakan agenda perpaduan ummah, bagi mencapai titik persamaan dan mengelakkan pertembungan sesama sendiri, sekali gus mengalahkan Pakatan Harapan.

PAS berpendirian dalam apa jua keadaan, kepentingan negara dan rakyat hendaklah didahulukan, di samping langkah-langkah pemulihan ekonomi yang perlu terus disokong, khususnya melalui Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan.

“ISLAM MENYATUKAN UMMAH”
“MALAYSIA SEJAHTERA”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 7 Rabi’ul Awwal 1444 / 4 Oktober 2022 – HARAKAHDAILY 4/10/2022

- Advertisement -