PH wajib ditolak dalam PRU15

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS berkenaan ‘Mengapa Rakyat Perlu Menolak PH’.

Setelah 22 bulan pemerintahan PH, ianya telah memberi pengajaran berguna kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa PH perlu ditolak dengan pelbagai isu umat Islam dan Bumiputera yang timbul.

PAS yang berpengalaman dalam kerjasama politik terutama dengan DAP sangat mengetahui sikap licik mereka dalam memecahkan kesatuan umat Islam.

Selain itu, PH yang gagal dalam membantu rakyat negara ini apabila pelbagai kemudahan subsidi dan bantuan ditarik oleh mereka yang menyebabkan rakyat terpaksa mengikat perut untuk meneruskan kehidupan.

Sepanjang pemerintahan PH juga, pelbagai kes mahkamah yang melibatkan pimpinan PH telah digugurkan oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas telah membuktikan sikap pilih kasih mereka dan terbukti bahawa mereka tidak mementingkan integriti terutama dalam kes-kes rasuah.

Pelbagai isu yang timbul sepanjang PH memerintah seperti Ratifikasi ICERD, Statut Rom, ‘Manifesto bukan kitab suci’, isu skandal rasuah terowong, projek tambak tiga pulau buatan, pembinaan asrama Warga asing di Teluk Kumbar dan Bertam Pulau Pinang serta pelbagai provokasi politik menyebabkan rakyat tidak tenang menghadapinya.

Sudah tiba masanya rakyat memilih gabungan Penyatuan Ummah yang terbukti dalam memberi pilihan yang lebih baik kepada rakyat Pulau Pinang khasnya dan Malaysia amnya dalam PRU15 ini.

Oleh itu, seruan untuk terus memperkukuhkan kuasa politik umat Islam dalam negara kita mesti diteruskan agar tidak diberi peluang PH untuk kembali berkuasa.

Kerjasama dengan parti politik dan NGO serta NGI yang tidak ekstrem bagi memperkukuhkan keharmonian masyarakat majmuk dalam negara kita juga amat perlu dalam menjadikan negara Malaysia lebih sejahtera. 

“Pemuda Generasi Sejahtera”

USTAZ MUHAMMAD FAWWAZ MOHD JAN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS
Negeri Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 20/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -