Bekas Setiausaha Agung terima Tokoh Istiqamah

- Advertisement -

ALOR SETAR: Muktamar Tahunan PAS kali ke-68 tidak melupakan jasa-jasa tokoh yang banyak berjasa kepada perjuangan parti itu sehingga berada di tahap sekarang.

Sehubungan itu anugerah Tokoh Istiqamah 2022 diberi kepada bekas Setiausaha Agung PAS Ustaz Abdul Halim Arshat. Beliau tampil dengan bertongkat menerima anugerah tersebut disampaikan Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Selain itu anugerah serupa juga diberi kepada dua tokoh pimpinan dari Kedah Dato’ Mohd Yusoff Husin dan Zakiah Baharom.

- Advertisement -

PAS di mana tempat pertama Kedah, diikuti Selangor dan Perak. Bagi anugerah serupa peringkat kawasan pula dimenangi PAS Kemaman.

Manfaat Skim PAS pula diterima Mohamad Hafizi Mahamad dengan nilai pampasan sebanyak RM20,000.

Anugerah pertambahan ahli PAS terbanyak dari tempoh November 2021 sehingga Ogos 2022 pula dimenangi PAS Kedah bilangan ahli seramai 4581 orang, kedua Terengganu (3961) dan Kelantan (3625).

Pertambahan bilangan ahli PAS terbanyak peringkat kawasan pula dimenangi PAS Kemaman seramai 2291 orang, Kota Bharu (1370) dan Pendang (981).

Sebelum itu ribuan perwakilan yang hadir berpeluang menyaksikan sketsa sejarah perjuangan negara ketika menuntut kemerdekaan negara.

Sketsa tersebut dipersembahkan anak-anak muda yang bergabung di bawah Generasi Sejahtera Kelantan (GENTERA) yang dipimpinan Pengarah Urus SEtia Belia dan Sukan Kelantan Nasruddin Mahmood Muhaidin. Manakala skrip dihasilkan Najib Abdullah. – HARAKAHDAILY 3/9/2022

- Advertisement -