Korea Utara kecam pakar hak asasi manusia PBB

Sesi Majlis Hak Asasi Manusia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland, pada 27 Februari 2020. (FOTO FAIL: Reuters)
- Advertisement -

SEOUL: Kementerian Luar Korea Utara mengkritik seorang pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baharu sebagai berat sebelah, dengan berikrar negara itu tidak akan bertolak ansur dengan apa yang dipanggil usaha pimpinan AS untuk menggulingkan rejim terpencil itu.

Pakar hak asasi manusia PBB di Korea Utara berkenaan, Elizabeth Solomon kini sedang dalam rangka lawatan rasmi pertamanya ke Korea Selatan sejak memegang jawatan itu bulan lalu.

- Advertisement -

Dalam kenyataan sulungnya, Salmon berkata situasi hak asasi manusia di Korea  Utara bertambah buruk berikutan lebih dua tahun langkah ketat untuk membendung pandemik Covid-19, lapor media kerajaan Korea Selatan, KCNA pada Jumaat (2 Sept).

“Kami telah menjelaskan pendirian berprinsip kami bahawa kami tidak mengiktiraf mahupun berurusan dengan mana-mana ‘pelapor khas’ yang hanya boneka AS,” lapor KCNA memetik  kenyataan jurucakap Kementerian Luar Negeri yang tidak dinamakan.

Pyongyang telah berulang kali menolak tuduhan pencabulan hak asasi manusia dan mengkritik penyiasatan PBB terhadap perkara itu sebagai skim yang disokong AS untuk mencampuri urusan dalamannya.

Elizabeth Salmon bertemu dengan Menteri Luar Korea Selata, n Park Jin di Kementerian Luar di Seoul, Korea Selatan pada 31 Ogos 2022. (FOTO: AFP)

“DPRK tidak akan sekali-kali memaafkan raket ‘hak asasi manusia’ AS dan pasukan vasalnya terhadap DPRK yang bertujuan untuk menggulingkan sistem sosialnya,”  kata pegawai itu, merujuk kepada Korea Utara dengan nama rasminya, Republik Rakyat Demokratik Korea. (DPRK).

Laporan PBB baru-baru ini secara  berasingan juga mengatakan langkah-langkah pembendungan Covid-19 di  Korea Utara telah memburukkan lagi pencabulan hak asasi manusia di negara itu, memetik sekatan tambahan terhadap akses kepada maklumat, keselamatan sempadan yang lebih ketat dan pengawasan digital yang lebih tinggi. – HARAKAHDAILY 2/9/2022

- Advertisement -