Agensi swasta tawar peluang kerja gaji RM4,000 sebulan

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
Lebih 50 agensi swasta akan menawarkan peluang pekerjaan dengan gaji sehingga RM4,000 sebulan sempena Karnival Hari Belia Negara Kelantan.

Exco Belia, Sukan dan NGO Wan Roslan Wan Hamat berkata, program selama lima hari bermula esok akan diadakan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV.

Katanya, lebih 40 acara sukan diminati golongan muda akan diadakan termasuk sukan atas talian, bola jalanan, bola jaring dan pelbagai lagi.

- Advertisement -

“Karnival akan bermula jam 8 pagi esok turut melibatkan ruang pameran, termasuk agensi pertanian, pihak berkuasa tempatan dan aktiviti kebudayaan,” katanya pada program Seleksi Konti bersama KELANTANfm sempena Karnival Hari Belia Negara 2022 Peringkat Negeri di sini hari ini.

Wan Roslan berkata, biar pun sambutan Hari Belia disambut pada Mei setiap tahun, namun tahun ini sambutan tersebut diadakan pasca Covid-19.

Menurutnya sambutan tersebut merupakan satu pengiktirafan tertinggi kepada golongan belia yang memberi sumbangan besar kepada negara dan
rakyat.

“Mereka merupakan eset yang berharga kepada negara kerana mereka akan menjadi penentu sosial politik dan ekonomi di masa depan.

“Sambutan tersebut juga untuk mendekatkan golongan belia sehingga ke peringkat akar umbi,” katanya.

Kata beliau juga kerajaan negeri turut menjemput pendakwah bebas Azhar Idrus untuk memeriahkan sambutan tersebut untuk menyambut ambang kemerdekaan pada 30 Ogos ini. – HARAKAHDAILY 25/8/2022

- Advertisement -