MB tegur pembangkang berterusan salah menyalah

- Advertisement -

ALOR SETAR: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta semua pihak menghentikan salah menyalah dalam tragedi aliran puing dan banjir lumpur di Kupang, Baling pada 4 Julai lalu.

Sebaliknya, beliau menggesa agar mencari penyelesaian dan tindakan kepada masalah yang terjadi, serta memandang ke depan agar mangsa dan penduduk serta masalah berkaitan dapat ditangani sebaiknya.

“Ada hat tak mahu mengaku? Duk tala kot nu, tala kut nih. Ha….kalau depa nak salahkan 2008, 2013, sebahagian daripada depa itu duk dalam kerajaan pada masa itu, takkan lupa? Kut walaupun tukar parti dah kan?

“Pada masa itu mereka duk dalam kerajaan. Mereka Exco lagi. Exco kanan pula itu. Tak akan lupa? Kalau nak salahkan kerajaan itulah. Tapi toksah duk salah orang. Cari penyelesaian settle masalah. Lepas itu tengok ke depan. 

“Saya pun dah beritahu untuk ke depan kita akan pindahkan penduduk yang berada di rizab sungai yang berisiko aliran laju, ada apa kejadian-kejadian banjir kepala air sebelum ni contoh di lata arus deras Sedim. Itu aliran-aliran yang ada risiko.

“Kalau ada penduduk yang atas rizab sungai di kawasan tu kena dipindahkan. Jadi Pejabat Daerah kena ambil tindakanlah. Tindakan ke depan. Kalau mereka kata di Bukit Kachi ada kejadian-kejadian banjir kepala air tu tengok ada penduduk ke tak? 

“Ada kerosakan ke dak? Ada penggondolan ke, ada hutan ke, taburan hujan macam mana? Kalau berlaku taburan hujan yang banyak macam mana kita nak buat? Takkan kita nak pi tahan hujan yang turun? Kita terima ajelah,” ujarnya. 

Jelas beliau, antara tindakan akan dilaksanakan adalam pedalaman dan meluruskan sungai serta tebatan banjir memastikan aliran sungai tidak lagi tersangkut atau tersekat.

Terangnya, pencucian melibatkan pasir berkelodak dengan mendapan sedimen-sedimen yang mencetekkan sungai mesti dilaksanakan bersama kerja pedalaman sungai akan dilakukan itu.

Sebelum ini beliau telah menyuarakan nasihat sama, namun semalam ADUN-ADUN Pembangkang cuba membawa usul mengenai isu tersebut secara tidak mengikut peraturan Sidang DUN.

Walaupun usul itu ditolak Speaker, namun Sanusi kesal kerana tindakan dibuat pihak Pembangkang itu lebih bermotifkan politik dan bukannya penyelesaian kepada isu tersebut. – HARAKAHDAILY 19/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -