Hentikan ‘prank’ yang menjatuhkan maruah wanita Islam

- Advertisement -

AMEERAH Malaysia mengutuk perbuatan Youtuber NickCHANNEL yang jelas telah menjatuhkan maruah wanita Islam dalam sebuah video yang berjudul ‘Aku Tarik Tudung Perempuan!!

Video ini menjadi bualan ramai netizen yang rata-rata melahirkan rasa kecewa dan marah terhadap tindakan youtuber tersebut. Video yang dipaparkan jelas telah menjatuhkan martabat wanita Islam.

Walaupun, sebuah video rasmi telah dikeluar untuk menjelaskan bahawa wanita yang ditarik tudung tersebut adalah wanita yang tidak bertudung atau ‘freehair’. Ini bukanlah satu tiket buat para ‘content creator’ untuk menghasilkan video bertaraf sampah ataupun ‘prank’.

Tambahan pula, Ameerah Malaysia juga menyeru umat Islam untuk memaknai konsep lelaki Qawwam bagi membentuk jati diri seorang lelaki Islam yang bertanggungjawab dan menjaga maruah tidak kira maruah, wanita, keluarga, masyarakat dan agama.

Islam telah mengajar umatnya untuk memainkan peranan sesuai dengan syariat agama. Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 34;

- Advertisement -

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ۚ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, oleh karana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz), maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka (dengan pukulan yang ringan yang bertujuan untuk mengajarnya). Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

Sehubungan dengan itu, Ameerah Malaysia menyeru orang awam untuk membuat laporan terhadap video tersebut bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku pada masa hadapan. 

Ameerah Malaysia menyeru para youtuber untuk sama-sama memainkan peranan dan bertanggungjawab terhadap pembinaan sahsiah dan moral rakyat agar masyarakat tidak rosak hanya kerana hanyut dengan kandungan video yang rendah nilai.

DR. USTAZAH SITI MASTURA MUHAMMAD
Ketua Pengarah Ameerah Malaysia
6 Julai 2022 / 6 Zulhijjah 1443H – HARAKAHDAILY 6/7/2022

- Advertisement -