Jangan hina Nabi kami

Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi
- Advertisement -

PAS mengecam sekeras-kerasnya tindakan melampau menghina junjungan besar Rasulullah SAW oleh dua ahli politik kanan parti pemerintah India Bharatiya Janata Party (BJP) iaitu Nupur Sharma dan Navin Kumar Jindal dalam satu rancangan televisyen yang disiarkan di India.

Tindakan melampau menghina junjungan besar Rasulullah SAW adalah satu perbuatan yang biadab dan mampu mencetuskan perseteruan antara agama sama ada di India atau mana-mana tempat di seluruh dunia yang mampu mencetuskan pergolakan yang berpanjangan.

- Advertisement -

Majoriti umat Islam di Timur Tengah mengecam keras tindakan ini malah Mufti Oman Sheikh Ahmad bin Hamad Al Khalili menggangap ia seumpama “melancarkan perang ke atas seluruh umat Islam“ dan telah menggesa umat Islam agar memboikot barangan keluaran India.

Sewajarnya perbuatan biadap ini perlu dicegah daripada dibiarkan memandangkan nasib umat Islam di India umpama “telur di hujung tanduk“ akibat kerapkali dizalimi secara berterusan di India akibat daripada polisi berat sebelah yang dikenakan terhadap mereka.

Islam adalah agama kedamaian dan agama yang cintakan keamanan namun jangan hina pemimpin kami dan agama kami.

YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk
6 Zulqaedah 1443 / 6 Jun 2022 – HARAKAHDAILY 6/6/2022

- Advertisement -