Bubar Parlimen: PM perlu runding dahulu dengan PN

Foto daripada Facebook Muhyiddin Yassin.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob supaya berunding terlebih dahulu dengan Perikatan Nasional (PN) dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen.

Beliau menyatakan perkara itu pada majlis perjumpaan dengan Perdana Menteri di Sri Perdana, semalam.

- Advertisement -

Katanya, beliau dan pimpinan parti-parti anggota PN telah mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, yang diikuti dengan majlis berbuka puasa.

Menurutnya, yang ialah Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden STAR, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, Presiden SAPP, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dan Presiden Gerakan, Senator Datuk Dr Dominic Lau.

“Kami membincangkan hal ehwal semasa yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara,” katanya yang juga Pengerusi PN pada hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Tambahnya, dalam pertemuan itu Perdana Menteri menekankan hubungan kerjasama dengan PN dalam Kerajaan Persekutuan dan memberikan komitmen untuk berunding dengan PN dalam menentukan dasar-dasar utama negara.

“Saya juga antara lain mengingatkan YAB Perdana Menteri bahawa PN sebagai parti utama yang membentuk Kerajaan Persekutuan hendaklah dirunding terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen,” ujarya lagi. – HARAKAHDAILY 10/4/2022

- Advertisement -