Quba: Masjid pertama Islam akan dibesarkan sepuluh kali ganda

Putera Mahkota Mohammed (depan, dua dari kiri) sedang solat berjemaah di dalam Masjid Quba di Madinah pada 7 April 2022. (FOTO SPA)
- Advertisement -

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi mengumumkan Masjid Quba yang merupakan masjid pertama yang dibina oleh Nabi Muhammad SAW akan dibesarkan sepuluh kali ganda daripada saiznya sekarang ini.

Putera Mahkota Saudi, Putera Mohammed bin Salman pada Khamis (7 April) mengumumkan projek baharu itu bermakna masjid di Madinah itu akan menyaksikan pembangunan terbesar dalam sejarahnya, dan berkembang kepada 50,000 meter persegi.

- Advertisement -

“Dinamakan sempena nama raja Saudi, Raja Salman, projek itu bertujuan untuk meningkatkan kapasiti masjid kepada 66,000 jemaah bagi  menampung jumlah jemaah terbesar semasa musim puncak.

“Ia juga bertujuan untuk menonjolkan kepentingan keagamaan masjid sambil mengekalkan gaya seni binanya, serta monumen yang terletak berhampiran masjid,” jelas Putera Mohammed.

Masjid Quba adalah masjid pertama dibina dalam sejarah Islam, iaitu pada tahun 622 Sebelum Masihe (SM), dan masjid pertama dibina di Madinah yang terletak 5 kilometer di selatan Masjid Nabawi.

Terdapat halaman berlorek di empat sisinya, yang akan menyambung ke ruang solat yang tidak berstruktur dengan bangunan masjid semasa.

Menurut Putera Mohammed lagi, projek itu meningkatkan kecekapan mercu tanda untuk pengalaman beribadat dan budaya pengunjung.

“Projek baharu ini akan bertujuan untuk menyelesaikan kesesakan dan meningkatkan keselamatan jemaah, dan sistem jalan raya berhampiran akan menyaksikan rombakan untuk memudahkan akses ke masjid.

“Kerja-kerja pemulihan akan bermakna beberapa tapak dan monumen kenabian di dalam masjid dan halamannya dipelihara.

“Sebanyak 57 tapak, termasuk telaga, ladang dan kebun, akan dibangunkan atau dipulihkan sebagai sebahagian daripada projek itu,” ujarnya.

Masjid Quba di Madinah yang terletak 5 kilometer di selatan Masjid Nabawi ini merupakan masjid pertama dibina dalam sejarah Islam, iaitu pada tahun 622 Sebelum Masihe (SM).

Sehubungan itu, Putera Mohammed yang tiba di Madinah pada pagi Khamis (7 April)  memuji penjagaan terhadap masjid bersejarah itu, dan berkata projek itu selaras dengan tujuan  untuk mencapai matlamat dan objektif Wawasan Saudi 2030.

Semasa lawatannya ke Madinah, Putera Mohammed bersembahyang di Masjid Nabawi, selain juga bersembahyang di Rawdah, sebuah tempat yang terletak di antara Kamar Suci (dikenali sebagai rumah Nabi), dan Mimbar Nabi (atau mimbar).

Putera mahkota yang diiringi oleh Gabenor Madinah, Putera Faisal bin Salman dan beberapa pegawai kanan turut melawat dan bersolat di Masjid Quba.

Beliau kemudian menerima kunjungan ulama terkemuka dan sekumpulan rakyat yang datang menyambutnya di Istana Taiba. – Arab News

- Advertisement -