Pakar PBB selar amalan aparteid Israel

- Advertisement -

GAZA: Seorang pakar hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyelar masyarakat antarabangsa kerana membenarkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di wilayah Palestin sehingga berkembang menjadi sistem aparteid.

Pelapor khas PBB mengenai situasi hak di wilayah Palestin yang diduduki, Michael Lynbk kini menyertai semakin banyak suara yang menggambarkan dasar pemisahan Israel sebagai aparteid.

- Advertisement -

Semasa membentangkan laporan terakhirnya kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva baru-baru ini, pakar bebas itu berkata bahawa ‘pendudukan Israel, kini dalam tahun ke-55 tanpa penghujungnya, telah menjadi semakin berakar umbi dan menindas (rakyat Palestin)’.

“Ia (dasar Israel) adalah aparteid,” katanya sambil merujuk kepada kes rampasan tanah rakyat Palestin tanpa henti, penempatan Yahudi sahaja yang semakin berkembang, sistem dwi perundangan, jurang yang besar dalam keadaan hidup antara peneroka Israel dan Palestin yang tinggal bersama, serta pemisahan yang luas dalam hak politik.

Israel telah menguasai Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis sejak tahun 1967. Kira-kira 700,000 peneroka Yahudi kini tinggal di kedua-dua kawasan, di penempatan yang dianggap sebagai haram di bawah undang-undang antarabangsa. – TRT World

- Advertisement -