Perikatan Nasional ketengah calon bersih, pengalaman

Foto Ihsan Facebook Ustaz Abdullah Husin
- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

JOHOR BAHRU:
Perikatan Nasional mengutamakan mereka yang mempunyai rekod bersih untuk disenaraikan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Nuridah Mohd Salleh berkata, perkara itu menjadi keutamaan kepada Perikatan Nasional selain mempunyai kelayakan dan pengalaman.

ā€œAlhamdulillah, calon kita kalau tengok majoriti ramai masih muda, 40-an majoriti. Kalau tengok tadi, insya-Allah calon PN calon yang masih muda, kemudian calon yang berumur sikit dalam 60-an.

- Advertisement -

ā€œItu semua calon yang memang ada pengalaman dan mempunyai kelayakan yang baik dan semua bersih. Itu yang paling utama yang kita cadangkan pada rakyat,ā€ ujarnya kepada Harakahdaily semasa ditemui selepas Majlis Memperkenalkan Calon Perikatan Harapan PRN Johor 2022 di sini, petang semalam.

Beliau juga melahirkan keyakinan yang tinggi kepada kerjasama dan organisasi antara parti-parti komponen Perikatan Nasiona pada kali ini.

ā€œInsya-Allah, apa yang telah dilalui semasa PRN Melaka banyak menjadi pengajaran. Insya-Allah di Johor antaranya dari sudut kerjasama organisasi, gerakan khususnya tiga parti ini, kita akan perkemaskan lagi dengan sebaik-baiknya.

ā€œAlhamdulillah, semuanya berpusat dalam satu bilik gerakan bersama,ā€ katanya lagi.

Nuridah turut optimis calon-calon daripada Perikatan Nasional mempunyai keupayaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat sekiranya diberi peluang nanti.

Begitu juga, katanya dengan mereka yang dicalonkan semula dan telah dipilih pada pilihan raya umum lalu.

ā€œMereka masih berupaya dan mereka sebenarnya sebagai YB masih lagi belum tunjuk talentnya. Mereka masih bertenaga, keupayaan dia menjadi YB masih lagi belum teruji.

ā€œJadi ini antara peluang yang baik. Insya-Allah mudah mudahan, kita harap mereka ini akan menang dan dapat berjasa kepada rakyat.

Mengenai dua calon muslimat daripada PAS, beliau berharap para pengundi termasuk dalam kalangan yang bukan Islam memberi undi kepada mereka.

ā€œKita ada dua calon Muslimat, alhamdulillah. Insya-Allah tempat bertanding tu bukan orang Islam, MIC dan MCA, DAP.

ā€œIni tawaran kita khususnya kepada orang Melayu, mudah-mudahan insya-Allah mereka tidak teragak-agak untuk memberi kepercayaan kepada calon Melayu Islam,ā€ katanya lagi.

Pada PRN Johor kali ini, Perikatan Nasional bertanding di semua 56 kawasan DUN melibatkan 33 calon daripada Bersatu, PAS (15) dan Gerakan (lapan).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Februari manakala pengundian awal pada 8 Mac. ā€“ HARAKAHDAILY 25/2/2022

- Advertisement -