Lombong emas meletup: 60 terbunuh

Gambar fail menunjukkan satu lombong emas yang terdapat di Burkina Faso (FOTO Ruetir)
- Advertisement -

OUAGADOUGOU: Kira-kira 60 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera pada Isnin  (21 Feb) dalam satu letupan di  sebuah tapak perlombongan emas haram di Gbomblora, sebuah kampung kecil yang terletak di barat daya Burkina Faso.

Stesen TV tempatan memetik pegawai kerajaan negara itu, Pesuruhjaya Tinggi, Antoine Doumaba sebagai berkata, punca letupan di wilayah Poni itu masih belum diketahui namun dipercayai ada kaitan dengan bahan kimia yang digunakan untuk membersihkan emas.

- Advertisement -

Laporan itu juga menyebut, tidak jelas dengan tepat jenis perlombongan emas yang berlaku di tapak tersebut. 

Burkina Faso dikenali kerana mempunya beberapa lombong emas besar yang dikendalikan oleh syarikat antarabangsa, tetapi juga terdapat ratusan lombong emas haram yang lebih kecil saiznya. – Reuters

- Advertisement -