Keberkesanan vaksin ‘booster’ hadapi Omicron

- Advertisement -

PROGRAM Imunisasi COVID-19 Dos Penggalak (PICK-B) telah dimulakan sejak rasmi pada 1 Oktober 2021, di mana sehingga 21 Februari 2022, 14,078,456 dos telah diberikan kepada individu dewasa yang layak (59.8 peratus daripada penduduk dewasa di Malaysia).

- Advertisement -

Carta bar dilampirkan menunjukkan data terkini dari 4 minggu yang lepas (24 Januari 2022 sehingga 21 Februari 2022) bagi kes COVID-19 kategori 3 serta kategori 4 dan 5 (per 100 ribu populasi), dan juga kes kematian akibat COVID-19 per 100,000 populasi. Daripada carta bar ini dapat disimpulkan bahawa:

1. Kumpulan individu yang tidak divaksinasi adalah paling berisiko untuk dijangkiti COVID-19 yang serius (terutama pada kategori 4 dan 5) dan juga paling berisiko untuk mati akibat jangkitan COVID-19. Ini dapat dilihat pada ketiga-tiga carta dan hampir semua kumpulan umur;

2. Kumpulan individu yang telah menerima vaksin COVID-19 dos penggalak (booster) adalah paling terlindung, di mana dapat dilihat kurang kes dijangkiti COVID-19 yang serius (kategori 3, 4 dan 5) dan juga kematian akibat COVID-19 di kalangan penerima dos penggalak berbanding kumpulan yang tidak divaksinasi (non-vaccinated) dan kumpulan lengkap divaksin tetapi tidak lengkap dos penggalak (vaccinated but unboosted);

3. Vaksin dos penggalak dapat memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius COVID-19.

Oleh itu KKM ingin menyeru semua individu dewasa yang berkelayakan namun belum menerima vaksin dos penggalak untuk segera mendapatkannya dari pusat pemberian vaksin (PPV) yang terdekat secara walk-in.

Semak PPV di https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find . Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke slot janji temu tersebut. Lindungi diri dan orang tersayang. Dapatkan dos penggalak.

TAN SRI NOOR HISHAM ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia – HARAKAHDAILY 22/2/2022

Sumber Asal: https://m.facebook.com/100044314485023/posts/509274043893074/

- Advertisement -