Dakwaan buang vaksin sebelum suntik tidak berasas

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan anak bongsu Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

- Advertisement -

Timbalan Menterinya, Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali berkata, dakwaan yang tular kelmarin mengatakan cecair vaksin dibuang terlebih dahulu sebelum suntikan dilakukan adalah tidak berasas.

Bagaimanapun, kata beliau pihaknya akan melakukan siasatan terhadap dakwaan pihak tertentu mengenai video yang tular tersebut.

“Saya akan merujuk Menteri Kesihatan berhubung perkara itu dikhuatiri video berkenaan disunting pihak yang tidak bertanggungjawab, kita akan ambil tindakan.

“Ia seolah-olah cuba mencari salah walaupun pengambilan vaksin berkenaan adalah salah satu usaha untuk melindungi kanak-kanak. Kita boleh panggil kakitangan yang terlibat melakukan suntikan bagi mendapat penjelasan.

“Ini kerana KKM tidak boleh menipu perkara ini,” katanya pada sidang media selepas selesai mengadakan lawatan sempena PICKids di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini hari ini.

Baru-baru ini, tular video berdurasi 17 saat yang memaparkan kakitangan KKM didakwa membuang cecair vaksin terlebih dahulu sebelum melakukan suntikan terhadap anak bongsu Khairy. – HARAKAHDAILY 16/2/2022

- Advertisement -