Tidak keluar daripada skrip dibawa Presiden

Ir Ts Khairil Nizam Khirudin.
- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

BENTONG: Ketua Penerangan PAS, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berharap jentera penerangan parti itu dapat membawa mesej senada dengan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, mesej yang dibawa presiden dan institusinya adalah penanda aras tindakan dinamik penerangan PAS dalam pilihan raya.

- Advertisement -

“Penerangan ini tidak boleh berpihak, kita mesti bersama presiden dan institusinya, itulah penerangan, ini yang kita bawa.

“Apabila penerangan membawa presiden dan institusinya, apa sahaja nada yang presiden tunjukkan kepada kita, ia adalah pentunjuk, dan penanda aras tindakan dinamik penerangan di dalam pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap kepada jentera penerangan PAS semasa program merangka naratif dan pelaksanaan PAS bagi berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, di Janda Baik, semalam.

Menurut Khairil Nizam, rakyat tidak mahu melihat parti politik beretorik lagi dalam situasi politik negara hari ini.

Katanya, sekiranya perpaduan ummah adalah misi utama untuk dicapai PAS ketika ini, kini adalah masa terbaik untuk mempraktikkan perpaduan itu.

Justeru, beliau berharap program yang dibentuk jentera penerangan dapat merealisasikan hasrat penyatuan ummah. – HARAKAHDAILY 4/2/2022

- Advertisement -