Kes harian Covid-19 di Kelantan masih tinggi

- Advertisement -

Oleh RIZAL TAHIR

KOTA BHARU:
Kerajaan negeri mengingatkan rakyat Kelantan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memandangkan kes harian Covid-19 di negeri masih mencatat jumlah yang tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, kes harian Covid-19 di Kelantan masih tinggi dalam tempoh 49 hari, sejak December 9 lepas.

Katanya, pada Khamis Kelantan mencatatkan sebanyak 395 kes berbanding 357 kes (Rabu).

- Advertisement -

“Kementerian Kesihatan semalam melaporkan 5,439 kes baru Covid-19. Kes kumulatif sekarang berjumlah 2,850,408,” katanya di sini.

Oleh itu menurutnya kerajaan negeri mengingatkan rakyat di Kelantan sentiasa berwaspada dengan gelombang varian Omicron yang semakin menular.

Katanya, pemimpin masyarakat hendaklah mengingatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

“Pastikan juga kebersihan, keselamatan diri dan ahli keluarga sepanjang masa. Selain itu pakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

“Teruslah memohon doa semoga kita terhindar daripada wabak Covid-19,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/1/2022

- Advertisement -