Boleh kembali fasa 3 bila kes Covid-19 meningkat

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU: Kelantan tidak menolak sebarang kemungkinan akan kembali ke fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sekiranya kes Covid-19 terus mencatatkan peningkatan.

Bagaimanapun Timbalan Menteri Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, perkara itu bergantung kepada keputusan kerajaan terutama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

- Advertisement -

Katanya, KKM sentiasa melakukan pemerhatian terhadap penularan wabak Covid-19, sekiranya keadaan penularan terlalu ‘genting’ kemungkinan ia akan kembali kepada fasa 3.

“Kita tidak menolak sebarang kemungkinan. Tapi kita berharap ia tidak berlaku. Oleh itu, kita ingatkan semua pihak terus patuh prosedur operasi standard (SOP).

“Sebab isu besarnya ialah tahap kepatuhan terhadap SOP. Penyebaran tidak akan berlaku kalau kita jaga SOP, tetapi sebahagian masyarakat kita dilihat agak leka tidak pelitup muka, jarak pun tak jaga, dan berlaku sentuhan.

“Sebagai contoh, setelah kerajaan beri kelonggaran PKP, ramai pergi ke pantai, mendaki bukit, dan bersesak-sesak. Kerajaan hanya boleh bagi peringatan dan nasihat sahaja,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, hari ini.

Oleh itu katanya, kerjasama dari semua lapisan masyarakat amat penting untuk terus melindungi diri daripada wabak Covid-19 terus merebak.

Sebelum ini Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dilapor tidak menolak kemungkinan kerajaan mengambil langkah lebih ketat termasuk menyekat pergerakan keluar dan masuk dari banyak negara ekoran penularan Covid-19 varian Omicron.

Bagaimanapun katanya Perintah Kawalan Pergerakan secara ketat seperti sebelum ini tidak akan dilaksanakan semula.

Mohd Amar juga berkata, setakat ini tiada sebarang laporan diterima berhubung dengan penipuan Sijil Vaksinasi di Kelantan. – HARAKAHDAILY 12/1/2021

- Advertisement -