Kuliah di Masjid Rusila secara bersemuka mulai 24 Dis

KUALA LUMPUR: Kuliah Dhuha Jumaat yang disampaikan oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila akan dilaksanakan secara bersemuka bermula pada 24 Disember ini.

Tuan Guru menerusi laman Facebook beliau malam tadi mengundang semua jemaah hadir dalam keadaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Advertisement

Walau bagaimanapun, aktiviti perniagaan dalam kawasan masjid dan Dewan Tok Guru serta kawasan sekitarnya adalah tidak dibenarkan.

SOP yang perlu dipatuhi oleh hadirin ialah diwajibkan membawa sejadah, penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, mengambil wuduk dari rumah, tidak bersalaman, tidak berkumpul selepas selesai majlis dan jemaah yang bergejala tidak dibenarkan hadir.

“Insya-Allah, sama-sama kita mengambil peluang keemasan ini untuk bertalaqqi dan berada di dalam salah satu taman daripada taman-taman syurga,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. – HARAKAHDAILY 22/12/2021