Jutaan vaksin mRNA bakal dihasilkan di Australia – Moderna

Seorang pekerja penjagaan kesihatan memegang botol mengandungi vaksin yang dihasilkan Moderna untuk memerangi Covid-19 di New York, Amerika Syarikat pada 29 Januari 2021. (FOTO Reuters)
- Advertisement -

SYDNEY: Pengeluar ubat Amerika Syarikat, Moderna bakal menghasilkan berjuta-juta vaksin mRNA setahun di Australia selepas bersetuju untuk menubuhkan salah satu kemudahan pembuatan terbesarnya di luar AS dan Eropah.

Perjanjian yang termeterai itu merupakan komitmen kedua seumpamanya di Asia Pasifik oleh konglemerat penghasilan vaksin mRNA berkenaan, dalam menggariskan usaha kerajaan di seluruh dunia untuk membina pengeluaran tempatan dan bersedia menghadapi ancaman pandemik masa depan, selepas akses awal yang terhad kepada suntikan menyebabkan kelancaran impak vaksin Covid-19 agak perlahan.

- Advertisement -

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata, kilang yang dibina di bandar Victoria itu dijangka menghasilkan sehingga 100 juta dos vaksin mRNA setiap tahun apabila ia mula beroperasi bermula pada tahun 2024.

“Dengan memajukan perkongsian baharu ini, kami sedang membina keupayaan berdaulat kami untuk mengeluarkan vaksin ini di Australia,” kata Morrison kepada pemberita di Melbourne pada Selasa (14 Dis).

Morrison bagaimanapun tidak menyatakan butiran kewangan perjanjian itu tetapi media Australia melaporkan perjanjian itu mungkin bernilai kira-kira AS$1.43 bilion (RM6.05 bilion), lapor Reuters.

Terdahulu, Moderna kenyataannya pada Oktober lalu berkata, ia merancang untuk melabur sehingga AS$500 juta untuk membina sebuah kilang di Afrika bagi menghasilkan sehingga 500 juta dos vaksin mRNA setiap tahun, termasuk suntikan untuk Covid-19. 

Vaksin Covid-19  yang dibangunkan oleh Moderna dan Pfizer-BioNTech menggunakan mRNA (messenger ribonucleic acid)  – teknologi yang mengajar sel cara membuat protein bagi mencetuskan tindak balas imun. 

Teknologi ini juga boleh digunakan untuk mengeluarkan vaksin untuk penyakit pernafasan lain dan selesema bermusim. – HARAKAHDAILY 14/11/2021

- Advertisement -