98 peratus anggota, pegawai bomba bakal terima dos penggalak

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU: Sebanyak 98 peratus pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) di seluruh Malaysia yang sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19 bakal menerima dos penggalak.

Ketua Pengarah JBPM Dato’ Seri Mohammad Hamdan berkata, penyelarasan bagi melaksanakan perkara tersebut telah dibuat dan keutamaan suntikan tersebut hanya diberikan kepada anggota yang bertugas di barisan hadapan.

- Advertisement -

Menurutnya sehingga kini JPBM memulakan langkah berkenaan di Sarawak yang melibatkan 1,300 anggota dan 84 peratus daripadanya sudah menerima dos vaksin.

“Mereka (barisan hadapan (JPBM) perlu berhadapan dengan masyarakat untuk penghantaran vaksin di kawasan luar bandar menggunakan helikopter dan tugas-tugas melibatkan pandemik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 di Dewan JBPM Tunjong, di sini, semalam.

Turut hadir pada sidang media itu, Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin dan Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan, Anwar Abu Bakar.

“Kita sudah memulakan penyelaras dos penggalak iaitu bagi seluruh kakitangan bomba, jadi seterusnya sesiapa yang perlukannya kita selaraskan,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 19/11/2021

- Advertisement -