Pengundi Melaka diseru pilih calon Perikatan Nasional

- Advertisement -

MELAKA: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru kepada rakyat Melaka yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) esok supaya memilih calon daripada Perikatan Nasional.

Beliau menegaskan Perikatan Nasional adalah ikatan baharu yang kukuh.

“Jadi kita seru semua rakyat, pengundi-pengundi Melaka khususnya memilih calon Perikatan Nasional,” ujarnya menerusi rakan video yang dimuat naik di laman Facebook beliau.

Menurutnya, sewaktu Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan Pusat sebelum ini, banyak perkara yang dapat dilaksanakan termasuk memberi bantuan kepada rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

- Advertisement -

“Perikatan Nasional sebaik sahaja kita mengambil alih, banyak perkara kita buat, duit pun ada, boleh bagi bantuan masa Covid-19, boleh tolong, berjalan dengan lancer. Suasana ekonomi pun baik,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang

Dalam pada itu, ujar beliau, orang Melayu, Cina dan India boleh bersatu dengan baik di atas Perikatan Nasional.

“Ini kalau nak (bersatu) elok-elok, nak baik-baik, bersama dengan Perikatan Nasional.

“Seboleh-bolehnya kita nak supaya Perikatan Nasional menang besar di Melaka ini,” katanya lagi.

Pada PRN Melaka kali, Perikatan Nasional bertanding di semua 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyaksikan 112 calon layak bertanding.

Pertandingan enam penjuru berlaku di tiga kawasan DUN membabitkan kerusi DUN Asahan, Duyong dan Gadek, lima kerusi iaitu DUN Rembia, Machap Jaya, Paya Rumput, Pengkalan Batu dan Bemban pula menyaksikan pertembungan lima penjuru dan sembilan DUN pertandingan empat penjuru manakala 11 lagi DUN, tiga penjuru.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran DUN pada 4 Oktober lepas setelah empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan ketua menteri. – HARAKAHDAILY 19/11/2021

- Advertisement -