PRN Melaka: Mas Ermieyati calon Ketua Menteri PN

- Advertisement -

Oleh EVA NATASHA SADALI

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Dato’ Mas Ermieyati Samsudin yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Bidara, dipilih sebagai calon Ketua Menteri Melaka.

Pencalonan Mas Ermieyati yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Masjid Tanah diumumkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media di pejabat PN, di sini, hari ini.

Beliau mengumumkan keputusan itu dicapai dalam mesyuarat pimpinan utama PN.

Hadir sama Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Gerakan Rakyat (Gerakan), Dato’ Dominic Lau Hoe Chai. – HARAKAHDAILY 18/11/2021 >>Berita lanjut menyusul<<

- Advertisement -

- Advertisement -