RM1 juta indah produk pelancongan di 39 lokasi

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi mengindahkan produk-produk pelancongan sedia ada dan produk pelancongan berteraskan komuniti (CBT) di 39 lokasi di seluruh negeri itu tahun ini.

Menteri Besar Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah tersebut sebagai persediaan untuk menerima kedatangan pelancong.

- Advertisement -

Katanya, kerajaan negeri menjangkakan kedatangan pelancong dari luar negara akan meningkat 20 hingga 25 peratus sebaik sahaja sempadan negara dibuka nanti.

“Sejak kerajaan mengumumkan pergerakan rentas negeri dibenarkan pada 11 Oktober yang lalu, kedatangan pelancong ke Terengganu begitu memberangsangkan.

“Ia dapat dilihat sektor pelancongan dan aktiviti ekonomi kembali rancak. Alhamdulillah. Ini satu petanda baik untuk rakyat dan negeri kita,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya hari ini.

Bagaimanapun kata beliau, pemantauan prosedur operasi standard (SOP) oleh pihak berkuasa sentiasa dilakukan.

“Saya berharap kita dapat mematuhi SOP dengan sebaiknya. Selamat datang ke negeri Terengganu Darul Iman dan selamat bercuti,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 4/11/2021

- Advertisement -