Bahaya orang muda jahil agama dan budaya

Apabila agama dan budaya diukur dengan wang ringgit

- Advertisement -

PEMIMPIN orang muda kata, kerajaan saban hari bincang isu jenama arak Timah, tetapi tidak sensitif dalam soal ketirisan dan alam sekitar. Benarkah?

Jahil sungguh pemimpin muda sebegini. Bahaya jika dapat pemimpin sebegini. Negara kita perlukan pemimpin muda yang ada identiti dan jati diri, kuat pegangan agamanya. Jika tidak hancur negara ini. Rosak habis anak muda.

- Advertisement -

Kenapa isu arak jenama Timah penting? Arak ini berkaitan sensitiviti, bukan sahaja dalam agama Islam, tetapi juga bukan-Islam. Isu sejagat merentasi agama. Isu berkaitan dengan ketenteraman dan keselamatan negara. Begitu juga soal banyak nyawa telah terkorban akibat pemandu mabuk. Adakah nyawa boleh dibeli dengan wang ringgit. Tidakkah isu ini merugikan negara?

Sebab itu, sudah katakan semalam, arak lebih bahaya (haram) daripada babi. Arak boleh membunuh manakala babi tidak. Bayangkan jika isu Timah ini terus berlarutan, menimbulkan kegusaran, umat Islam terus dicabar, berlaku insiden yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman negara. Tidakkah situasi ini tidak baik untuk negara.

Persoalannya, kenapa pemimpin orang muda jahil, yang suka menayang tubuh badan ketika mandi, suatu ketika dahulu, tidak faham isu semudah ini? Tidakkah ultra kiasu ini sedar antara soal arak dengan soal ketirisan dan alam sekitar itu berbeza?

Jika ada pun persamaan, ia boleh ditangani dengan cara lain. Tetapi menyamakan ketiga-tiga isu menampakkan kejahilan dan kebebalan sebagai pemimpin muda. Isu ketirisan dan wakil negara dalam persidangan alam sekitar memang penting dan perlu perhatian segera. Perkara ini telah pun dibincangkan panjang lebar oleh agensi berkaitan. Saya difahamkan, tindakan telah diambil, cuma tidak sesensasi isu arak Timah.

Diamlah kamu kalau sudah tidak ada kuasa lagi. Masa kamu jadi Menteri dulu, huru-hara juga anak muda dibuatnya, akibat jahil agama dan budaya. Satu lagi saya nak tanya, apakah sesuatu persidangan itu perlukan batang tubuh Menteri hadir? Sekiranya Menteri tidak hadir, adakah itu bermakna, suara Malaysia tidak didengar?

Ini berkaitan dengan pengurusan dan delegasi kerja. Bagaimana kita menguruskan isu alam sekitar dan bagaimana suara Menteri boleh sampai ke persada dunia. Lagipun Menteri telah ada wakil yang pakar dalam bidangnya. Kenapa naif sangat pemimpin muda ini? Banyak isu besar lain yang lebih penting perlukan perhatian segera. Isu arak timah sudah selesai. Syarikat pengeluar arak timah pun dah setuju tarik balik jenama tersebut, sebab dia faham soal sensitiviti agama dan budaya. Kenapa kamu perlu ‘over’?

Kamu pemimpin muda ultra kiasu bila lagi nak faham mengenai perkara asas dalam hidup beragama ini? Ingat! Kes berkaitan ketirisan dan salah guna kuasa ketika kamu berkuasa dahulu masih ada belum selesai. Jadi tak usahlah nak jadi lembu suci seperti pemimpin ultra kiasu lain.

Saya harap pemimpin anak muda, pergilah mengaji agama dan budaya, agar menjadi manusia berguna dan mempunyai jati diri. Negara kita memerlukan pemimpin yang kuat jati dirinya agar dapat membawa perubahan. Semoga negara ini sentiasa berada dalam redha Allah.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 2/11/2021

Sumber Asal: https://m.facebook.com/100044598859584/posts/430634108433214/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -