10 sasaran utama KPI ketua jabatan di KASA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak sepuluh sasaran utama telah dikenal pasti dan akan menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada semua ketua jabatan di Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

Menterinya, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau memandang serius kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob yang telah menegaskan bahawa barisan Jemaah Menteri perlu membuktikan pencapaian utama dalam tempoh 100 hari pertama.

- Advertisement -

Menurut beliau dalam satu kenyataan semalam, tempoh 100 hari pertama adalah sangat kritikal bagi menetapkan hala tuju KASA dengan lebih jelas.

Katanya, lima sasaran utama bagi sektor alam sekitar ialah menggubal kerangka Undang-Undang Perubahan Iklim Negara, menggubal struktur asas Pusat Inventori GHG Negara. membangunkan rangka kerja skim perdagangan karbon domestic, melancarkan Malaysia Plastics Sustainability Roadmap dan melancarkan Green Jobs Portal bagi menjana peluang pekerjaan dalam sektor pertumbuhan ekonomi hijau

Tambahnya, bagi sektor air dan pembetungan pula, sasarannya ialah membangunkan mekanisme penetapan tarif air yang adil dan telus, mensasarkan lima kawasan baharu bagi projek Wakaf Air, meluaskan penggunaan sumber air pulih guna untuk industry, meluaskan kawasan liputan bekalan air dan pembetungan dan meningkatkan kadar rizab margin air nasional. – HARAKAHDAILY 8/9/2021

- Advertisement -