Kembalinya ke Rahmatullah tokoh Ulamak Pahang

- Advertisement -

DEWAN Ulamak PAS Pahang mengucapkan takziah di atas kembalinya ke Rahmatullah Al Marhum Ustaz Haji Abu Samah Abd Rani sekitar jam 5:15 pagi hari ini (19 Muharram 1443H bersamaan 28 Ogos 2001) dalam usia 80 tahun.

Penerima Tokoh Maulidur Rasul Negeri Pahang 1440H/2018 ini pernah berkhidmat sebagai Pengetua Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Temerloh (1970-1989), Pengetua Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan Kuantan (1990-1991) dan Pengetua Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Lipis (1991-1996).

- Advertisement -

Penyusun Kitab Feqah untuk digunakan di sekolah-sekolah Menengah Agama seluruh Negeri Pahang ini juga pernah diamanahkan sebagai Ketua Urusan Ulamak PAS Temerloh dan Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang.

Al Marhum turut aktif menyampaikan kuliah di masjid dan surau dalam negeri ini. Dengan jasa, perjuangan dan pengorbanannya, Dewan Ulamak PAS Pahang mendoakan semoga Allah mengiringi pemergiannya ini dengan rahmat, keampunan dan kasih sayang dar-Nya. Al Fatihah.

DEWAN ULAMAK PAS NEGERI PAHANG
19 Muharram 1443H
28 Ogos 2021M – HARAKAHDAILY 28/8/2021

- Advertisement -