53 peratus individu lengkap dua dos vaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 53 peratus atau 12,408,803 individu telah melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

- Advertisement -

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik dalam Twitter rasminya memaklumkan setakat semalam, seramai 17,961,600 orang atau 76.7 peratus telah menerima dos pertama.

Menurut JKJAV, ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 30,370,403 dos.

Sebanyak 483,855 dos diberikan semalam iaitu 155,030 adalah dos pertama manakala 328,825 adalah dos kedua. – HARAKAHDAILY 21/8/2021

- Advertisement -