Jangan diizinkan Kota Melaka roboh lagi

- Advertisement -

KALAU roboh Kota Melaka,
Papan di Jawa kita dirikan, 
Kalau sungguh bagai dikata, 
Badan dan nyawa hamba berikan.

Robohnya Kota Melaka adalah simbolik naik berkuasanya kuasa asing menjajah bumi bertuah ini. Tiada anak bangsa yang mahu namanya tercatat sebagai pembelot yang bersekongkol menaikkan kuasa durjana itu.

- Advertisement -

Papan di Jawa tidak mampu mencabar kekuatan kuasa penjajah walau semangat membara bagaimana sekalipun akhirnya berkurun lamanya tonggak kuasa terlepas ke tangan orang asing.

Dan dalam meniti arus perjuangan menuntut kemerdekaan negara Almarhum Dr Burhanuddin al Helmy ada mengungkap:

“Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan jiwa merdeka, 
Bersatu padulah segenap baka, 
Membela hak keadilan pusaka.”

Umat Melayu Islam adalah penduduk majoriti dalam negara. Pada bahu merekalah sepatutnya nasib dan masa depan pusaka bangsa dan negara digalas bukannya di bahu sesiapa yang lain.

Semasa PKM melancarkan gerakan menawan Tanah Melayu dulu mereka sedar bahawa perjuangan yang rata-rata didukung puak minoriti tidak mendapat tempat di kalangan rakyat kebanyakan. Chin Peng melancarkan Regimen ke-10 yang menghimpunkan orang-orang Melayu kiri untuk mengaburi mata umum bahawa orang Melayu juga bersama perjuangan Komunis. Chin Peng gagal.

Di saat genting ini insaflah para pemimpin Melayu IslamWay forward hanyalah melalui penyatuan ummah berteraskan Melayu Islam. Kota Melaka tidak akan roboh lagi selagi kita bersama bijak menjulang dan menghargai kuasa politik yang ada di tangan.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 16/8/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100009880363600/posts/1575517546120909/

- Advertisement -