Bakul makanan PAS Bangi legakan penduduk kaum India

- Advertisement -

BANGI: Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kawasan Bangi terus memainkan peranan penting menghubungkan PAS dengan masyarakat bukan-Islam menerusi pelbagai pendekatan dan peranan dijayakan.

Ketua Wanita DHPP Bangi, Sathia Bama Saravanan telah menggerakkan agihan bantuan bakul makanan kepada penduduk memerlukan dalam kalangan kaum India di perumahan Seksyen 2 dan Seksyen 16, di sini semalam.

- Advertisement -

Sumbangan tersebut berikutan menerima maklum kehidupan penduduk yang terkesan dan terjejas pendapatan berikutan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.

Sehubungan itu, Sathia Bama telah mengatur urusan bantuan tersebut yang dijayakan bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Bangi, Ustaz Idris Yusoff mengadakan serahan kepada para penduduk terbabit.

Kehadiran pihak PAS Bangi menyerahkan sumbangan tersebut terpaksa diadakan secara terhad berikutan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan selain serahan diadakan secara terbuka dengan mematuhi penjarakan fizikal.

Sumbangan berupa barangan makanan keperluan harian tersebut merupakan sumbangan daripada ahli dan penyokong PAS dan mereka berharap ia meringankan beban dihadapi penduduk terbabit. – HARAKAHDAILY 26/7/2021

- Advertisement -