Mesyuarat Khas Parlimen bermula 26 Julai

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di­-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos depan bagi Dewan Rakyat dan tiga hari mulai 3 hingga 5 Ogos bagi Dewan Negara.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan media hari ini memaklumkan mesyuarat itu bertujuan untuk memberi penerangan kepada ahli-ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

- Advertisement -

Menurut kenyatan itu, berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua­dua Majlis Parlimen (shall be laid before both Houses of Parliament).

“Mesyuarat ini akan diadakan mengikut SOP yang akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Nota Jemaah Menteri telah diedar secara berutus kepada Jemaah Menteri untuk mengambil maklum mengenai perkara ini,” ujar kenyataan itu, di sini. – HARAKAHDAILY 5/7/2021

- Advertisement -