PAS ucap tahniah kepada KPPM baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lajnah Pendidikan PAS Pusat merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Datin Sri Hajah Nor Zamani Abdol Hamid di atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang baharu.

“Pelantikannya ketika negara berhadapan pendamik Covid-19 merupakan satu cabaran yang menuntut komitmen, kreativiti serta kesungguhannya bagi memastikan hala tuju dasar pendidikan negara mencapai sasaran,” ujar Pengerusinya, Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan.

- Advertisement -

Beliau berkata, pihaknya yakin bahawa dengan keilmuan serta pengalaman yang dimilikinya, Nor Zamani dapat mengepalai warga kerja di Kementerian Pendidikan menuju kecemerlangan.

“Sekali lagi diucapkan ‘selamat maju jaya’, Siiru ‘ala barakatillah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan media pada 2 Julai lalu memaklumkan pelantikan Nor Zamani, 59, berkuatkuasa sejak 22 Jun lepas.

Beliau sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta.

Nor Zamani merupakan Ketua Pengarah Pendidikan ke-18 dan wanita ketiga menjawat jawatan itu selepas Tan Sri Asiah Abu Samah (1993-1996) dan Datuk Habibah Abdul Rahim (Januari 2020 – April 2021). – HARAKAHDAILY 4/7/2021

- Advertisement -