Jabatan Amal Rasah terima dos vaksin pertama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Rasah mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan petugas barisan hadapan atas khidmat bakti mereka menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaaan (PICK).

Ketua JAM Rasah, Norhirman Mohd Yusof berkata, pihaknya menyambut baik inisiatif kerajaan menggalakkan program vaksin dijalankan secara mega di seluruh negara.

Katanya, JAM Rasah juga telah menerima dos vaksin yang pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Seremban 2, semalam.

- Advertisement -

“Keperluan vaksinasi adalah merupakan satu kewajipan dalam kita mengekang penularan wabak Virus Covid-19 ini daripada menular.

“Petang ini (29 Jun) Anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Rasah telah diberi kesempatan untuk menerima vaksin bagi dos pertama Vaksin Sinovac di PPV Seremban 2 iaitu di Klinik Kesihatan Seremban 2 (KKS2).

“Melihat proses vaksinasi yang dijalankan kami cukup terkesan melihat petugas-petugas KKM yang mana dalam misi merealisasikan agenda pihak kerajaan frontliner-frontliner ini telah bekerja sehingga hujung minggu.

“Mereka bekorban masa dan tenaga dan ada yang terpaksa meninggalkan keluarga mereka demi tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka semua.

“Cukup besar pengorbanan mereka ini. Walaupun begitu mereka ini tidak lokek dengan senyuman semasa mengendalikan proses vaksinasi ini. Prosesnya pun cukup teratur dan tersusun,” ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook, semalam.

Jelasnya, JAM Rasah amat bersyukur dengan vaksin yang diterima sekaligus mendorong mereka untuk bersemangat menjalankan agenda kebajikan dan kerja-kerja amal untuk membantu masyarakat.

Terutamanya jika memikirkan ramai yang memerlukan pertolongan akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Peregerakan (PKP) 3.0 sehingga ada yang terputus bekalan makanan harian, hilang pendapatan dan terpaksa dikuarantin.

“Malahan sokongan emosi akibat kehilangan insan dan keluarga tersayang pun kami bantu melalui ‘Skuad Cakna Covid-19 Negeri Sembilan.

“Tidak perlulah rasanya sampai hendak kibarkan bendera putih kerana terdapat pelbagai agensi kerajaan, masjid-Masjid, NGO dan orang perseorangan yang boleh membantu.

“Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Penolong Pegawai Perubatan Encik Mohd Yusoff, Dr Siti Nasirah (YM) dan juga seluruh kakitangan Kementerian Kesihatan Seremban 2 atas layanan yang diberikan. Sesungguhnya kita harus menang bersama,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/6/2021

- Advertisement -