AMALAN garfu-tala atau Istikharah al-Quran adalah dilarang dalam Islam. Antara hujah yang diberikan oleh JAKIM adalah ianya tiada dalam syarak dan tidak pernah dipetik mana-mana imam atau ulamak. Saya first time dengar garfu tala (tuning fork) ini apabila lihat satu video viral seorang video Pakar Perubatan yang membuat live YouTube bersama dengan pelopor amalan garfu tala dari Indonesia.
Mula-mula itu menarik juga nampak sebab kita mengamalkan amalan al-Quran dan sebenarnya membaca al-Quran itu adalah tidak salah. Sebenarnya kita digalakkan banyak bacaan al-Quran sama ada kita senang atau kita susah ataupun semasa kita sakit untuk merawat kita.
Sudah tentu al-Quran mempunyai mukjizat yang tersendiri yang boleh menjadi syifa kepada kita. Namun setelah kenyataan dikeluarkan oleh JAKIM ini baru saya dapat menangkapnya bahawa perbuatan itu tidak pun pernah wujud dalam syarak atau ulamak.
Kalau dia tanya dari sudut sains perubatan saya akan setuju sahaja. Mana-mana orang yang ingin membaca al-Quran di saat orang sakit ataupun nazak tidak menjadi percanggahan pun dalam sains perubatan kerana ianya adalah salah satu daripada kumpulan doa-doa yang sahih datangnya dari kalam Allah S.W.T.
Cuma kalau ditanya berkaitan dengan perbuatan garfu tala boleh atau tidak dari sudut agama, itu perlulah kita merujuk kepada mereka yang faqih seperti JAKIM dan juga Majlis Fatwa.
DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 30/6/2021
Sumber Asal: https://www.facebook.com/546572572048737/posts/4172112156161409/
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!