Himpunan Putih UMMAH dan Bendera Putih

- Advertisement -

GERAKAN Pembela Ummah (UMMAH) melihat wujud ‘trending’ yang cuba dipopularkan oleh setengah pihak bagi mengajak rakyat mengibarkan bendera putih untuk menggambarkan kekalahan, menyerah kalah, rakyat memerlukan bantuan dan sumbangan bagi menggambarkan kepada kegagalan kerajaan, adalah suatu tindakan yang sangat terdesak.

UMMAH pernah menjadikan tema putih ini sebagai tanda kesatuan rakyat dan perpaduan ummah bagi menjayakan satu himpunan yang terbesar di negara ini bagi menunjukkan kemenangan rakyat membantah ICERD, iaitu Himpunan Ummah Membantah ICERD pada 8 Disember 2019 yang diakui oleh semua pihak.

- Advertisement -

Trending himpunan rakyat ini adalah putih dengan tema rakyat berpakaian putih bagi menggambarkan kesatuan ummah. Himpunan yang dihadiri lebih daripada 500 ribu rakyat dari pelbagai NGO dan parti politik ini berjaya mendesak kerajaan pada masa itu membatalkan ratifikasi ICERD.

Tapi hari ini ada pihak yang cuba membawa naratif bendera putih bagi menggambarkan kerajaan gagal dan rakyat susah dan memerlukan bantuan. Oleh itu, UMMAH bersedia untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan makanan dengan segera. Trending Putih UMMAH, adalah bersedia membantu pada bila-bila masa dan di mana juga.

Ini bagi menunjukkan solidariti kita bersama bersatu membantu golongan yang memerlukan bagi kita menang bersama dalam menangani kesusahan rakyat di waktu kesusahan ini. Putih adalah warna kemenangan kita bersolidariti membantu kesusahan rakyat dan ummah, jauh sekali dan bukan sebagai tanda kegagalan bagi mencipta serangan dan persepsi negetif kepada kerajaan gagal pada hari ini.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) – HARAKAHDAILY 30/6/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100018500850924/posts/820839965209358/

- Advertisement -