LTSAAS kekal aset negara, PAS ucap terima kasih

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas pengumuman terkini yang mengesahkan tiada penjualan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS).

Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, melalui kenyataan media Menteri Kewangan dan Menteri Pengangkutan, LTSAAS kekal sebagai operator di bawah Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) sehingga tahun 2067 dan bertanggungjawab unutk membangunkan aset sekitar LTSAAS.

- Advertisement -
Kamaruzaman Mohamad

“PAS sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, YB Menteri Kewangan, dan YB Menteri Pengangkutan atas keprihatinan dan bertanggungjawab menjaga aset-aset strategik negara yang memberi manfaat kepada rakyat seperti LTSAAS,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini

Sehubungan itu, katanya sebaran khabar angin mengenai penjualan LTSAAS hendaklah dihentikan dengan segera.

Semalam, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa kerajaan tiada perancangan untuk menjual mana-mana hartanah lapangan terbang di Malaysia, termasuk LTSAAS kepada mana-mana pihak.
“Hartanah lapangan terbang adalah dianggap sebagai aset strategik kerajaan,” katanya.

Menurutnya, LTSAAS merupakan salah satu daripada 39 lapangan terbang di bawah kendalian MAHB selaras dengan perjanjian operasi di antara kerajaan dan MAHB yang dimeterai pada tahun 2009.

MAHB bukan pemilik mana-mana hartanah lapangan terbang tersebut. – HARAKAHDAILY 26/6/2021

- Advertisement -