Presiden PAS stabil, mohon doa dan solat hajat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Mohon doa dan solat hajat khusus kepada ayahanda Tuan Guru supaya diberikan kesembuhan segera,” ujar Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

- Advertisement -

Menerusi hantaran di laman Facebooknya petang ini, beliau memberitahu ayahandanya, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kini berada di Institut Jantung Negara (IJN) dalam keadaan yang stabil namun masih memerlukan rawatan susulan dan pemantauan oleh doktor.

“Saya turut menerima pertanyaan tentang mesej-mesej yang tersebar, kebanyakannya adalah tidak benar dan ditokok tambah.

“Insya-Allah saya akan maklumkan keadaan ayahanda Tuan Guru dari masa ke masa. Terima kasih,” ujarnya yang juga Adun Batu Buruk, Terengganu. – HARAKAHDAILY 6/6/2021

- Advertisement -