Covid-19: Tiga senario kematian di luar hospital

Foto hiasan.
- Advertisement -

KUALAM LUMPUR: Kes brought in dead (BID) iaitu kematian di luar hospital semakin meningkat.

Menurut media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), BID adalah kes kematian di luar hospital dan hasil bedah siasat mengesahkan kematian disebabkan Covid-19.

- Advertisement -

KKM dalam satu hantaran di laman Facebooknya petang ini memberikan contoh tiga senario yang mungkin berlaku.

Senario pertama, katanya pesakit bergejala seperti demam dan batuk pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat tetapi tidak buat ujian saringan Covid-19. Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah.

Menurutnya, senario kedua pula, pesakit didapati positif Covid-19 yang telah dilapor kepada KKM oleh klinik swasta tetapi ditemui meninggal di dunia di rumah sebelum dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) atau hospital.

Bagi senario ketiga, pesakit hilang deria rasa dan sangat letih tetapi tidak mengambil serius gejala-gejala itu dan hanya berehat di rumahdi mana beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah.

Katanya, tiga senario itu dikongsi Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi.

Justeru, orang ramai diingatkan supaya duduk di rumah dan keluar hanya semasa perlu seperti bekerja atau membeli barang keperluan dengan patuh sepenuhnya SOP.

“Jika bergejala, buat ujian saringan untuk rawatan awal,” pesan KKM. – HARAKAHDAILY 28/5/2021

- Advertisement -